thank's for coming, and can you be my member? XD 항상 거기: Sinopsis Ugly Alert

4/24/2014

Sinopsis Ugly Alert


Drama-korea-Ugly_Alert-


Ugly Alert’ mengisahkan tentang seorang lelaki sebatang kara yang baik hati bernama Gong Joon Soo (Im Joo Hwan), yang berkorban untuk membesarkan adik tirinya selepas kematian ahli keluarga mereka. Sepanjang bersama-sama menempuh suka dan cabaran hidup akhirnya mereka belajar menghargai antara satu sama lain dan dalam masa yang sama merawat luka dan dendam yang lama.


Iaitu secara umunya tentang manusia, dari latar belakang berbeza, menjadi sebuah keluarga pada akhirnya. Mereka kadangkala memandang rendah antara satu sama lain dan ada menyimpan dendam. Tapi lama-kelamaan mereka dapat memahami antara satu sama lain. Seorang lelaki, biasanya yang melalui segala pengorbanan ini kerana ia merupakan ketua keluarga.

 Menurut Hancinema tentang Ugly Alert, A human drama in which a silly and worthless man changes the people around him. It also delivers the meaning of 'family' even though they are not blood related and how everyone within that frame understand and heal each other although sometimes they can be jealous and ignore each other.

Lagi Ringkasan Ugly Alert



Gong Joon Soo (Im Joo Hwan) adalah seorang lelaki dengan kehidupan yang agak sukar dan pernah pada awalnya merasa bosan untuk hidup. Dia dipersalahkan dan dituduh membunuh adiknya dan dipenjarakan beberapa tahun. Di penjara dia belajar menjahit dan berniaga. Selepas dibebaskan, dengan kepandaian menjahit dia mendapat pekerjaan di syarikat fesyen dan bekerja untuk Na Do Hee (Kang So Ra), iaitu anak pemilik kedai fesyen yang dibangunkan oleh datuknya. Sementara itu, ayah Gong Joon Soo berkahwin dengan Jin Joo (ibu Kang Byul). Kedua-duanya belajar untuk memahami antara satu sama lain walaupun tiada pertalian darah.

Sebenarnya drama Ugly Alert ini sudah ditayangkan di Korea sejak pertengahan tahun 2013 lagi. Jadi ada sesetengah peminat mengatakan Ugly Alert sebuah drama yang bagus, dengan pelakon yang hebat dan plot cerita yang menarik. Setiap episodnya mesti ditonton. Memang perjalanan drama ini agak perlahan tetapi tidak membosankan. Memang drama yang agak sedih tetapi terselit kisah lucu. Drama ini membawa kita kepada saat-saat penuh emosi tetapi meninggalkan kesan mendalam pada para penonton.

Drama ini juga tidak terlalu stereotaip walaupun pada mulanya peminat menonton drama korea ini kerana Kang Sora dan Im Joo Hwan semata-mata. Tetapi jalan ceritanya tidak membosankan. Banyak isu-isu yang dibawakan tetapi diselesaikan dalam setiap episod. Sebuah drama hebat, pastinya!



Poster+Ugly+Alert


Starring: Im Joo Hwan, Kang Sora, Choi Tae Joon (The King Of Dramas), Kang Byul (Rooftop Prince)

Tarikh tayangan mulai 18/2/2014 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 10:10mlm.

Info Ugly Alert

Tajuk lain: Ugly Warning/ Fool Watch/ Watch Out for Fools
Genre: Romance, Melodrama
Ditulis oleh: Jung Ji-woo
Pengarah: Shin Yoon-seob
Pelakon: Im Joo-hwan, Kang Sora, Choi Tae-joon, Kang Byul
Jumlah episode: 133


Selamat menonton...

No comments: